Wednesday, March 30, 2011

Cintaku kerana mu Ya Allah...

0 comments
sebenarnya sampai sekarang aku tak sangka yang aku dah dimiliki...dalam sekelip mata semua terjadi...itu la kebesaran Allah dan syukur aku dapat merasainya sendiri...tersenyum bila kenangkan semuanya...terasa indah dan terima kasih Ya Allah...kerana Mu aku kini gembira...syukur alhamdulillah :)

ceritanya bermula di sini....

terasa sayu sangat pada satu malam di malam ramadhan...di mana selepas terawih aku duduk bersendiri di suatu sudut, berdoa dan menangis sepuas hati...rasa sedih putus tunang, dah la putus tunang lepas tu kena tipu pulak oleh lelaki yang dah berkahwin dan jugak beberapa orang lelaki yang cuma menjadikan aku sebagai perhentian bagi mereka untuk berhibur, sedangkan aku pula berduka dalam mencari cinta yang ikhlas...panjang ceritanya... tapi aku dah tak nak ingat lagi...sebab sekarang aku dah ada suami...haaa ni la ceritanya macam mana aku boleh terjumpa dengan suami aku ni...nak tau tak cite nye... cer baca...cer baca...

Saturday, March 26, 2011

pejuang kecil ~~habibullah~~

0 comments
Alhamdulillah...perkataan yang pasti takkan lekang dibibirku...dan insyaAllah ianya akan kekal...amin :)

kalau sebelum ni hidup aku perit dengan derita, sekarang syukur aku kecapi bahagia...terlalu banyak yang ingin aku kongsikan...khas nya buat sahabat2 yang pernah lalui apa yang aku lalui sebelum ini...ingatlah 'jodoh Allah yang tentukan dan bukan kita'...jadi pada siapa yang terlalu mengejar pasangan yang sempurna, percayalah 'takkan dapat punye :p' .....

al kisah duka ku bermula setahun yang lalu...baru bergelar tunangan orang, tapi akhirnya impian ku kecundang...angan ku untuk bersanding di pelamin yang indah hilang dengan tiba2...pertunanganku hanya bertahan selama 3 bulan...kerana sebab yang terlalu kecil semuanya MUSNAH!!! nak tau sebab apa? sebab aku cuma minta satu dulang hantaran berbentuk hadiah..hanya pasangan yang akan tahu hadiah apa yang diterima di malam perkahwinan... sebulan lamanya aku disalahkan...alasan si 'Die' tak suka romantik... kelakarkan... macam mana nak kawin kalau romantik pun tak nak...macam tak masuk akalkan? bukan aku paksa pun...tak nak dah la...tapi itu la dikatakan penyebab yang akhirnya aku buat keputusan untuk istikarah sekali lagi untuk mendapatkan keputusan...dan akhirnya Allah gerakkan si dia untuk putuskan sendiri pertunangan.. sehingga sekarang aku tak pernah lupa sms terakhir si dia 'u r not fit to be my wife mother to mychild'...cukup lah penghinaan yang aku terima dan akhirnya aku nekad jikalau perpisahan melalui sms ni adalah yang terbaik maka aku cuba terima seadanya...dan aku akan cuba kuat!!

masih belum habis disitu sebenarnya...kalau orang dulu2 berpisah cara adat, aku pula berpisah dengan teknologi terkini...kita biasa dengar pertunangan diputuskan menggunakan sms, tapi pernah tak korang dengan perpisahan menggunakan facebook yang ditaip oleh 'IBU si die'....bungkusan hantaran pula dipulangkan dengan menggunakan pos laju...aku masih ingat lagi, tangisan aku apabila buka je inbox dari fb dan baca kata putus dari orang yang ku kirakan berusia dan sepatutnya yang aku hormatkan...hilang semua rasa hormatku bersama dengan fb tu...di pejabat jugak aku menitiskan air mata..menangis semahu2nya...biarkanlah apa orang nak kata...aku dah tak mampu bertahan...dan tengahari tu juga mama dan bapa aku ke rumah keluarga si dia memulangkan semua hantaran...ingin ku tekan kan sekali lagi, mama dan bapa ku ke rumah si dia!! menghantar menggunakan TANGAN dan bukan posmen mahupun fb ataupun sms!! dan petang tu mama ke KL untuk menenangkan ku....dan malam tu aku memandu ke melaka bersama mama dan menangis sepanjang2 perjalanan...cukuplah apa yang anak perempuan mereka dah lalui....perit derita aku tak siapa yang tahu selain Allah...penantian ku dari si dia menggangur hinggalah bekerja semuanya sia2 belaka...ye mungkin ramai yang mengatakan aku mengungkit tapi cuba bayangkan kalau anda yang lalui...mesti rasa benda yang sama kan kan kan...

selepas aku terima emel dari fb tu, blh dikatakan aku agak trauma untuk buka fb...2 bulan lamanya aku tak buka fb...tapi pada satu ketika hati ku terdetik untuk memulakan langkah baru...kalau aku tak buka fb masakan aku dapat cari pasangan hidup..dan syukur...gerak hatiku benar.....dan siapa dia suamiku sekarang akan ku ceritakan kemudian....

hampir setiap malam aku menangis selepas dari kata putus yang dilafazkan oleh ibunya melalui fb...setiap hari aku merasakan pasti tiada siapa yang inginkan bekas tunangan orang...terutamanya insan tersebut adalah dari kaum hawa...tapi mama sentiasa menenangkan hatiku....

'sabar shima..insyaAllah akan ada seorang putera yang berjaya tawan hati anak mama ni...'

'tapi anak mama ni tak cantik mama...'

'sapa kata tak cantik? anak mama semuanya cantik2...insyaAllah akan ada nanti...shima akan kahwin tahun ni juga...jangan batalkan tempahan dewan dan makanan...kenduri akan jadi tahun ni juga...'

hurmm...lama jugak aku termenung kenangkan kata2 mama...dalam masa yang suntuk ni mama...sapa la nak kawin dengan aku...

terasa perit lalui hidup selepas putus tunang...setiap malam menangis...tapi alhamdulillah...dari situ lah aku berubah....dari seorang yang ego, baran dan sentiasa merasakan diri selalu betul berubah kepada yang lebih baik....aku cuba kawal baran aku, rendahkan ego aku dan cuba terima apa juga teguran pada diri aku...terasa malu pada kawan2...walaupun terkadang aku ego dengan diorang tapi mereka masih bersama-sama aku di kala susah...dan ketika itu lah kawan2 ku bertambah...dan aku mencari bahagia dalam duka... kita hidup di dunia cuma sementara...kenapa perlu bersedih sedangkan kita boleh memilih untuk gembira :)

perubahan terbesar aku, aku mula mencari cinta yang satu....sekian lama aku terlupa dan terleka...ya aku sembahyang tapi jarang berdoa, merintih dan merindukan Allah yang satu...tapi syukur Alhamdulillah aku sentiasa rasa tenang dengan mencari cinta Allah...nikmat cinta yang takkan aku lupa dan aku akan tanam selama2nya dalam hati ku... :)

sekian lama aku mencari cinta...ada lelaki yang berjanji nak berkahwin dengan ku...tak kurang yang sengaja cari peluang untuk bercinta...bila dikenangkan semula, aku ketawa...tak sangka aku sanggup mencari cinta semata-mata ingin berkeluarga..hikhikhik :p

sehingga pada satu ketika aku menangis semahu2nya di malam ramadhan...aku ingat lagi ketika tu...terasa sayu sangat hati ni...berdoa di masjid yang ku kirakan sejuk lain macam malam tu...mungkin malam lailatulqadar...tak siapa tahu kan? bercucuran air mata, memohon dari Allah supaya ditemukan jodoh yang sama2 mencari cinta Allah yang satu...dan memohon supaya dijauhkan daripada orang yang cuba mempermainkan cintaku...syukur Alhamdulillah semuanya Allah tunaikan di 1 Syawal...aku beraya seorang diri dalam keadaan hp ku yang sunyi sepi....sekali lagi aku menangis di pagi Syawal...meraba2 jari yang setiasa mengharapkan cincin sebagai penghiasnya...tapi apakan daya....Ya Allah ku mohon jodoh dari mu...semoga hati pejuang kecilmu ini akan sentiasa tabah dengan setiap ujian dari mu Ya Allah :)
 

cInTaKu.... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men